ZULKIFLY (kanan) yakin kolaborasi Bersama Maybank Islamik kiniHartini Mohd Nawihartini@hmetro.com.my
Glomac Berhad bekerjasama dengan Maybank Islamik untuk memberikan lebih banyak faedah kepada pembeli rumah dalam memperoleh kediaman yang mereka inginkan, melalui penyelesaian pembiayaan rumah HouzKEY.
Antara yang termasuk dalam program HouzKEY ini adalah projek terkini Glomac diáPetaling Jaya, Selangor dan Johor, iaitu pangsapuri 121 Residences, Plaza @ Kelana Jaya dan perumahan di Saujana Jaya, Kulai.
Menariknya, 121 Residences terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, hanya 400 meter dari Stesen transit aliran ringan (LRT) 3 Kayu Ara yang kini dalam pembinaan dan didorong kesinambungan yangásangat baik selain dikelilingi pelbagai kemudahan yang lain termasuk pusat membeli-belah,ápusat pengajian dan sekolah.
Plaza@Kelana Jaya pula terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan harga jualanbermula dari hanya RM383,000 yang menjadikannya satu-satunya hartanah pegangan bebas dengan harga paling berpatutan yang terdapat di lokasi prima ini.
Sementara itu, Saujana Jaya Kulai, terletak di kawasan yang dimajukan Glomac terdiri daripada perumahan yang mudah diakses melalui lebuh raya.
Menyentuh mengenai kolaborasi itu, Ketua Pegawai Operasi Glomac Zulkifly Garib, berkata Glomac melihat HouzKEY sebagai peluang menarik bagi pihaknya untuk menyampaikan kepada prospek satu lagi kaedah penyelesaian pemilikan hartanah dan untuk memenuhi kehendak populasi yang lebih besar.
“Terutama kepada pemilik rumah pertama, kami yakin kolaborasi dengan Maybank Islamik ini dapat membantu menjadikan pengalaman pertama memiliki rumah mereka lebih bermakna.
“Glomac yakin program ini mampu menjadikan pengalaman pemilikan rumah yang menarik bagi pelanggannya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Real Estate Ventures Maybank, Sally Lye berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Glomac untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah, HouzKEY kepada bakal pembeli rumah.
“Dalam masa-masa yang mencabar ini, kami tetap komited dalam misi untuk memberi perkhidmatan kewangan yang lebih mesra pengguna. Melalui HouzKEY, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia kini dapat memiliki rumah impian mereka dengan memberikan pembiayaan 100 peratus tanpa pembayaran dalam tempoh pembinaan dan antara pembayaran bulanan terendah,” katanyaArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 6:30 AM
Source : https://www.hmetro.com.my/PnP/2020/11/643724/dah-siap-baru-bayar